Sunday 3 December 2017

Filled Under:

TAHNIAH!! Fazura Dan Fattah Amin Bakal Menjadi Ayah Dan Ibu

TAHNIAH!! Fazura Dan Fattah Amin Bakal Menjadi Ayah Dan Ibu

Kekuatan sokongan peminat kepada Fattah Amin dan Fazura tidak dapat dinafikan. Namun dalam masa yang sama, gandingan yang digelar Fattzura ini juga tidak mahu peminat terlalu taksub.

“Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya”

“Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,” jelas Fazura kepada Astro Awani.

Sementara itu, Fazura juga menafikan bahawa mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam keadaan tergesa-gesa. Bagi pelakon wanita ini, perkara tersebut sudah lama dirancang.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi. Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,” katanya




0 comments:

Post a Comment