Sunday 3 December 2017

Filled Under:

"Sufian menghubungi saya untuk maklumkan keadaan sebenar" - Pendedahan Mengejutkan Elfira Loy Selepas Baru Je Bertunang

"Sufian menghubungi saya untuk maklumkan keadaan sebenar" - Pendedahan Mengejutkan Elfira Loy Selepas Baru Je Bertunang




Pasangan secocok Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan.


Selalunya  memang banyak dugaan sebelum selepas bertunang. Oleh itu, pasangan ini akan mengurangkan untuk berjumpa atau dating selepas tempoh bertunang ini.


Ini pendedahan Elfira Loy:


“Kalau nak jumpa masa tunang ni, Sufian akan datang rumah dan mak saya akan masak untuk keluar dating tu tak adalah, sebab tak cukup-cukup ke nak berkenalan”



“Dulupun kita orang tak adalah berjumpa, jumpa pun sebab kerja, memang kalau kita nak dating mengenali each other tu tak ada. Kita pergi bercuti hari tu pun ada mama dan adik saya,” 


Dalam pada itu, Elfira mahupun Sufian tidak menafikan bahawa dugaan sewaktu bertunang ini begitu mencabar.


Namun jika ada dugaan yang timbul, kedua-duanya akan mengambil pendekatan untuk berbincang dan bersabar sehinggalah tiba hari pernikahan mereka yang bakal dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan.


Pasangan ini memang pernah dilanda badai apabila beberapa kali Sufian Suhaimi dilanda kontroversi.


Antaranya isu meninggal kekasih lama dan juga isteri mengurat menggunakan Bigo dengan isteri orang.


Kata Elfira, Sufian seorang yang direct, dan apabila timbul sebarang isu, Sufian terus menghubunginya untuk jelaskan keadaan sebenar.


Ini pendedahan Elfira Loy: 


“Masa merisik pun sebenarnya dugaan tu dah terasa ada dan dah ada. Contohnya masa kami pilih tarikh nak merisik terus keluar kes Sufian yang pasal kes viral Bigo dia (Sufian) menghubungi saya dan mama untuk maklumkan keadaan sebenar”



“Ketika panas isu itu, saya memilih untuk tidur dan tidak gelabah. Selain dengan harapan bangun keesokan harinya akan ada penjelasan”


“Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada.” 


Untuk pengetahuan, majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada bulan Mac tahun depan, 2018.


Ini komen Elfira Loy:


“Setakat ini kami memutuskan untuk adakan tiga majlis saja. Satu majlis nikah, kemudian diikuti dua majlis resepsi. Jujur hingga kini lokasi majlis kami masih belum ada,”


Apapun tahniah kepada Elfira Loy dan Sufian yang kini telahpun mengikat tali pertunangan. Semoga segaal urusan berlancan lancar. Amen.




0 comments:

Post a Comment