Wednesday 6 December 2017

Filled Under:

Rupa-Rupanya Dira Abu Zahar Puteri Umno Yg Sound Fathia Latiff Bukan Calang-Calang Orang..JOm Lihat Biodata Beliau Pasti Ramai Terkejut Besar,…

Rupa-Rupanya Dira Abu Zahar Puteri Umno Yg Sound Fathia Latiff Bukan Calang-Calang Orang..JOm Lihat Biodata Beliau Pasti Ramai Terkejut Besar,…

Khaidhirah binti Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia dan merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.[1]

Beliau dilahirkan sebagai Khaidiriah binti Abu Zahar pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka, anak kepada mantan Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Seratus Harijadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling.

Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda

Dira juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV Alhijrah.[3] Dira pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.[4]

Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.

Kehidupan peribadi

Dira Abu Zahar pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, tetapi mereka kini telahpun berpisah. Dira kemudian telah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Helmi Mohd Yusof, dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013.[5] Beliau mempunyai seorang anak Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah.

Filem

Untuk Tiga Hari - (2012) - Artis Jemputan
KIL - (2013) - Pelakon Tambahan - Watak Sebagai (Salina)
Lari - (2013) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Maya)
Longkai - (2013) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Rima)
Papadom 2 - (2013) - Pelakon Tambahan
Sejoli Misi Cantas Cinta - (2014) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Lola)
My Indie Rock Darling
Kimchi Untuk Awak




0 comments:

Post a Comment